Februari 12, 2011

Norlia Ghani Di Ragut Di Ampang Park

Selepas Nasha Aziz dirompak baru-baru ini, dan yang terbaru artis veteran kita Norlia Ghani pula diragut ketika sedang menunggu teksi selepas mengeluarkan duit RM8000 daripada bank.


Macam macam yang digunakan oleh penjenayah pada hari ini untuk mendapatkan duit secara mudah tanpa mengeluarkan banyak tenaga.  Tapi inilah senario yang kerap kali kita dengar dan kadang-kadang ia berlalu didepan mata kita. Namun anda semua perlu berjaga-jaga jangan pula suatu hari nanti diri sendiri yang mengalami kisah hitam macam akak Norlia Ghani kita lalui.


Bagi ZoOm jika ingin mengeluarkan duit yang banyak, anda perlu memastikan ada lebih daripada 2 orang yang menemani anda. 


Anda pula bagaimana ?