Januari 02, 2011

Azlan (The Typewritter) Kini Bergelar Suami !!!

ALhamdulillah..semoga pasangan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Azlan atau nama sebenar beliau Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.

Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan.

Majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman diadakan secara sederhana di Taman Pudu Ulu, Cheras.

Zoom : tengah cari gambar untuk dikongsi bersama :)