Disember 18, 2010

Nama kumpulan perompak yang kelakar


*Sekadar berkongsi apa yang saya terbaca tadi tentang 1 rompakan. Ceritanya x la klaka, cuma gelaran kumpulan tu mcm menggeletek usus saya. Slalu dengar nama geng mamak la, kumpulan gagak hitam ke macho la jugak, ini nama...

Geng Bedak Sejuk
TEMERLOH: Dalam usaha mengelak wajah mereka dicam, dua penyamun bertindak melumur bedak sejuk pada muka mereka sebelum merompak seorang tukang gunting mengakibatkan kerugian hampir RM1,000 di Jalan Pak Sako, dekat sini, Isnin lalu.
.........
.......

“Siasatan turut mendapati mangsa dikatakan gagal mengenal pasti dan mengecam wajah dua penyamun terbabit kerana suspek dikatakan melumur bedak sejuk pada muka mereka.

“Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh kira-kira jam 12.07 tengah malam,” katanya.

Menurutnya, polis percaya suspek sudah memerhatikan mangsa sebelum melumurkan bedak sejuk pada muka bagi mengelak wajah mereka dicam mangsa.