Disember 23, 2010

Kisah Si Gadis Seksi Pembersih

Untuk dijadikan cerita, suatu hari saya sedang menuju ke suatu tempat. Saya berada dlm keadaan ceria hari itu. saya tidak tahu kenapa, baru2 ini, jika saya rasa ceria mesti lagu Britney, womanizer tu akan automatik terngiang-ngiang dlm kepala otak saya. Tolonglah sesaper keluarkan lagu tu dari otak saya. Saya rasa saya telah disihir oleh irama super-catchy itu. so far, saya masih mampu menahan diri dari membeli kaset beliau. esok lusa mana la tau.

Ok berbalik ke topik asal.

Dlm perjalanan ke tempat itu, keceriaan saya tiba-tiba dirosakkan oleh rasa sakit perut. rasa mcm ada teletubbies melompat2 riang dlm perut saya. saya pun tanpa berlengah masa, terus menuju ke tandas awam berdekatan. saya harus buang lekas2 kerana saya ada hal penting.


Nasib saya baik kerana terdapat suatu kubikel yg kosong. Rupa-rupanya karma mempermainkan saya. Walaupun kubikel itu kosong, tetapi mangkuk itu sudah berpenghuni. Suatu hasil buangan manusia cilaka yg tak reti flush tersadai elokkkk aje.mengikut siasatan forensik saya, ia masih lagi baru berdasarkan warna ,bau dan suhu. tak rasa.

Saya menyumpah-nyumpah malaun yg tidak bertanggungjawab itu. apala yg susah sangat nak flush ni? takde kesedaran langsung! ingat bapak dia punya tandas? ni tandas awam. bapak kau awam ke? suka suka hati jer. mentaliti rendah! tuih! oleh kerana saya budak baik, saya tolong flush. Brrrrr.......Kan senang ajer....

Setelah menyelesaikan hajat dan bertawaduk, eh beristinjak, saya pun flush. Settle. Bukan susah. Eh, tapi air keluar sikit aje. Langsung tak menjejaskan 'hasil seni' saya tadi. saya cuba untuk pam lagi skali. Saya tarik tali pam.

kung kang kung kang....tak boleh. air dia nak isi tangki lambat sangat. Padahal saya dah lambat ni. Saya tak rela hasil seni saya menjadi tontonan org ramai. nanti saya yg dipandang hina. org ingat saya mat rempit atau bohsia yg takde kesedaran sivik. apa saya nak buat ni? dlm cuak daku berpikir..

Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat idea. Iaitu..melarikan diri. Anggap saja ini balasan karma terhadap org lain. Hahaha. bukan org tau pun itu saya punye. hahaha

Bila saya keluar aje dari tandas, mamat bangla tu dah standby dgn mop. saya terus blah cepat2. tak mahu nanti dia tahu bahan bukti tu saya yg punya. Saya buat muka tak bersalah. Kontrol cool, jalan laju2. haha. Tiba-tiba, mamat tu berteriak,

"Hey you...you....!"

Saya sambung dlm hati, "you you are..womanizer, womanizer...."

Saya pun sudah kembali ceria dan terus berjalan tanpa mempedulikan pandangan masyarakat. Kesimpulannya, apabila ternampak sesuatu yg tidak diingini di tandas awam, janganla kita menuduh orang sembarangan. Mungkin mereka mempunyai kisah sedih yg ingin dikongsi bersama. seperti saya.