Disember 20, 2010

Hanis Zalikha 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

Header Laman Blog Hanis yang Simple Tapi Kreatif

Dalam diam-diam anak gadis ini menjadi individu yang sering di cari dalam enjin carian Google Malaysia, siapakah gadis ini yang menjadikannya individu paling popular di internet dan mengatasi Datuk Siti Nurhaliza.


Untuk pengetahuan anda gadis ini merupakan artis yang jarang sekali berada di kaca tv namun wajah dan cara beliau berkomunikasi di alam maya membuatkan ia orang yang paling dicari-cari.



Laman Blog yang beliau wujudkan 2 tahun lalu ketika ini semakin popular dan sering dikunjungi oleh ramai individu yang ingin mengetahui atau belajar membina blog. Bayangkanlah sehari 16 ribu pengunjung melawat laman blog beliau dan mempunyai 14,929 pengikut setakat semalam.


Untuk pengetahuan anda beliau adalah penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)



ZoOm : Bilalah Blog Ni nak capai pelawat 10k sehari :( sedih tapi tak apa...yang penting kita happy :) APa kata anda ?