November 05, 2010

Keputusan Pilihanraya DUN Galas dan Dun Batu Sapi

Untuk pengetahuan anda BN menang dikedua-dua DUN Batu Sapi dan DUN Galas, berikut laporan terkini daripada utusan online :



GUA MUSANG 4 Nov. - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas calonnya Abdul Aziz Yusoff memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.



Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima (Pas) akibat kanser usus, akhir September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Che Hashim menewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. - Utusan


dan di Batu Sapi....





SANDAKAN 4 Nov. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.
Linda yang bertanding di kerusi yang dikosongkan mendiang suaminya Datuk Edmond Chong memperoleh 9,773 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.
Ansari memperoleh 3,414 undi manakala Teck Lee pula memperoleh 2,031 sementara undi rosak adalah sebanayk 372 undi. - Utusan