Oktober 10, 2010

12 Maut Kemalangan di Simpang Empat Alor Gajah

Kemalangan ngeri petang tadi Zoom dah tahu awal sebab petang tadi dari kenduri kahwin saudara di Seremban selepas Tol Ampangan. Tapi berita kematian Zoom ikut utusan yakni 12 kematian tetapi di berita harian onlline hanya 11. 


Kesian Pak Usu Zoom, petang tadi borak dengan dia sebab dia nak balik JB. 
Lagi berita Utusan/Bharian di bawah..


12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan ( Utusan ) 

10/10/2010 10:53pm

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.
Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.



11 maut nahas bas ekpress di Melaka( bharian)2010/10/10

MELAKA: Sebelas maut apabila dua bas ekpress, satu van dan tiga kereta berlanggar di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam ini