Setelah acap kali dikecewakan oleh insan bernama lelaki gadis kelahiran Akademi Fantasia ini tampil memberitahu kepada Media yang hatinya sudah berpaut pada seorang artis yang menceburi bidang lakonan. Jejaka bertuah itu muda setahun daripada Zarina, tetapi menurut artikel beliau jejaka tersebut sudah matang berbanding umurnya.
Ikuti luahan anak gadis ini mengenai si buah hati :
"Hubungan kami masih awal, memang kami bercinta tapi disebabkan saya sering gagal dalam percintaan, saya takut untuk hebohkan perkara ini.
"Bukan ingin terlalu berahsia. Saya tahu ada yang pernah terserempak kami di luar, biarlah lambat laun kalau ada jodoh semua akan tahu," ujarnya.
Zarina turut memberitahu jejaka yang dikenalinya awal Ramadan lalu juga merupakan seorang pelakon.