September 16, 2010

Studio Alfa Booty Terbakar, kerugian di anggarkan RM 400k




KUALA LUMPUR: Komposer terkenal, Alfa Booty, 35, telah kerugian sebanyak RM400,000 gara-gara studio di dalam rumahnya terbakar akibat litar pintas.

Menurut Alfa yang merupakan cucu kepada pelakon veteran Allahyarham Kasma Booty, kejadian berlaku pada hari raya kedua iaitu 11 September lalu pada pukul 1 pagi.
Lebih 15 buah lagu beberapa artis seperti Ellyana, Mila dan Tomok, hasil gubahannya telah musnah akibat kejadian tersebut.

Zoom: Suatu kejadian sudah pasti ada hikmahnya semoga saudara kita ini tabah menghadapi dugaan yang datang. Penat lelah mengumpul barang selama 5 tahun hilang sekelip mata, namun ajal maut juga sekelip mata.