September 21, 2010

Komen Isteri Kedua Arwah M Rajoli, Wan Chik Daud

Apa yang berlaku di antara isteri pertama dan kedua Arwah hanya mereka sahaja yang tahu, namun pemergian arwah M Rajoli sudah pasti ditangisi oleh kedua-dua wanita yang bernama isteri. Selepas Arwah pergi ke hadapan ilahi ada suara sumbang yang bercerita mengenai isteri kedua arwah yang tidak hadir di majlis pengkebumian. Namun tidak adil jika kita tidak dengar apa kata isteri kedua Arwah ni :
"Bukan saya tidak mahu pergi. Sebagai isteri saya amat merindui suami setelah setahun setengah tidak berjumpa, cuma saya tidak mahu mengeruhkan 'sengketa' dengan keluarga isteri pertama," jelasnya yang memberitahu sering termimpi Allahyarham sebelum kematiannya.

Jelasnya lagi, tiada gunanya dia pergi menjenguk jenazah suami yang sudah terbujur kaku sedangkan semasa hayat dia tidak dapat bertemu dengan Allahyarham.
"Kehadiran saya di majlis pengebumian tidak dirasai oleh arwah. Bagi saya, tiada gunanya untuk menunjuk kasih sayang dengan menangis di kubur.

"Biarpun tidak dapat bertemu tapi kami berdua sudah berjanji untuk bertemu semula di akhirat. Saya pasrah dan reda dengan apa yang telah terjadi. Sebagai isteri saya hanya mampu menghadiahkannya bacaan doa dan surah Yasin kepada Allahyarham," ujarnya yang menafikan dia berada di Amerika Syarikat ketika majlis pengebumian seperti dilaporkan media.
Namun begitu, dia akan menziarahi pusara Allahyarham selepas tempoh edah selama empat bulan 10 hari tamat.

"Insya-Allah saya akan datang menziarahi juga kubur arwah selepas tamat edah dan merancang untuk menunaikan umrah sekali lagi," katanya sambil menangis teresak-esak menceritakan keadaan tersebut kepada mStar Online.