Si gadis tinggi lampai bernama Julia ini sudah pasti menjadi perhatian si lelaki yang pantang nampak dahi licin, apatah lagi dengan status artis yang ada pada Julia. Berikut komen beliau mengenai lelaki :
“Saya bukan nak perasan tapi apabila memandang bahasa badan lelaki itu, saya dapat rasakan dia mahu menggatal dengan saya. Daripada berlaku perkara yang tidak baik, lebih baik saya mengelak terlebih dahulu.
“Lelaki bujang pun ada juga yang memikat tetapi saya tak boleh terima sebab merasakan mereka bukanlah lelaki yang sesuai. Bukan saya cerewet tetapi saya takut untuk bercinta sebab pernah banyak kali dikecewakan lelaki.