September 25, 2010

Gambar Iphone 4 Dan Masalah di Iphone 4

Sehingga hari ini peminat gadget Iphone sibuk bercerita mengenai handphone keluaran Apple ni, taufan Iphone 4 bukan sahaja melanda Malaysia tetapi seluruh dunia turut merasakan kehadiran gadget ini. Namun desas desus kerosakan pada antena menjadi topic hangat dikala public sibuk memperkatakan kehadiran Iphone 4 ini.



Namun pengeluar iPhone iaitu syarikat Apple tak rugi pape pun sebab pengguna yang membeli daripada mereka dan Apple sentiasa mendapat untung di atas jualan produk terbaru ini selagi tak ramai yang membebel akan kekurangan smartphone ni.  Benda barulah katakan.  Semua tengah excited nak beli selepas terkesima melihat iklannya di website Apple dan TV. Nak tau lebih lanjut lihatlah Video di bawah.





Mesti korang pelik kenapa saya kata rugi.  Kan berbaloi beli iPhone yang mempunyai design yang cun dan grafik memukau berbanding smartphone lain di pasaran.  Boleh dikatakan handphone idaman setiap orang walaupun mungkin ada yang hanya mampu berangan dek kerana harganya yang mahal (iPhone 3Gs) sekitar RM 1990- RM 2990 (ikut saiz memori).  iPhone 4 pulak tak masuk Malaysia lagi ya.  Hanya baru dilancarkan secara serentak kat Amerika, Jepun dan Jerman pada 24 Jun lepas dengan harga 299 USD (32GB). 



iPhone 3Gs dulu menghadapi masalah drop call secara tiba-tiba yang terlalu kerap yang menyebabkan orang rasa nak mengamuk.  Edisi kali ni pulak masalah pada signal reception nya.  Asal pegang kat tangan je takde line.  Tak ke menyusahkan hidup tu.  Takkan nak pegang iPhone 4 pakai penyepit baju pulak masa nak call orang.  Antena iPhone 4 terletak di sekeliling bahagian sisinya.  Jadi bila tangan sentuh antena tu secara tak langsung signal akan semakin berkurangan hingga ‘searching network’ kelihatan macam duduk kat pedalaman pulak walaupun duduk kat bandar metropolitan.

Pada Zoom ia adalah major defect disebalik design nya yang memikat sanubari.  Sebab fungsi utama sesebuah handphone mestilah untuk call orang ye tak?  Canggih macam manapun fungsinya tapi payah nak call pun susah juga.

Jadi, sebelum nak beli apa-apa gajet eloklah buat survey dulu dalam-dalam kerana setiap ringgit yang dikeluarkan amatlah berharga terutamanya student.  Jangan terpengaruh sangat dengan brand dan design semata.  Belum tentu boleh memuaskan hati kita selepas membeli.  Buat homework dengan cari review kat cik Google terlebih dahulu sebelum membuat pilihan ok!  Berlambak ada tinggal nak pilih je.  Jika review rata-ratanya positif barulah beli supaya tak menyesal di kemudian hari.

Lagi Gambar Iphone 4 ni



Nota: Zoom masih setia pada Samsung Galaxy, masih memuaskan hati buat masa ni.  Pakai handphone biasa dan murah sudah.  Hilang tak merana, rosak masuk longkang pun tak pening kepala!