September 01, 2010

Ezad Exist Berniaga Perfumes Ezad Aroma Bertemu Cintaku


SELEPAS empat tahun menyepi dari industri hiburan, bekas vokalis utama kumpulan Exists, Ezad (gambar) atau nama penuhnya Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim kini giat menjalankan perniagaan produk wangian.

Produk tersebut diberi nama Ezad Aroma Bertemu Cintaku sempena dengan singlenya berjudul Bertemu Cintaku ciptaan komposer Ajai.

"Sekotak wangian berharga RM25 untuk lelaki dan wanita. Saya pun baru mendapat stok produk pada hari ini," katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Ramadan Era TV 1Malaysia di Hotel Renaissance, Jumaat lalu.


Zoom : Semoga Berjaya Wahai Ezad...Insyallah anda akan berjaya jika cekal dan terus berusaha