Barisan peguam bintang bola sepak dari England, David Beckham akan menyerahkan saman fitnah sebanyak $25 juta (RM77.30 juta) kepada seorang pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, lapor akhbar News of the World semalam.
Sebelum ini pelacur itu membuat dakwaan di sebuah mahkamah bahawa dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham.
Dokumen setebal 21 muka surat itu kini telah difailkan di sebuah mahkamah di Los Angeles.
Sebelum ini pendedahan yang dibuat oleh pelacur itu telah menyebabkan Beckham dan isterinya, Victoria berasa amat marah.
Beckham yang merupakan bekas pemain kelab bola sepak manchester United kini bermain dengan kelab bola sepak LA Galaxy.
Irma pernah mendakwa bahawa dia tidur bersama Beckham sebanyak lima kali.
Bagaimanapun, pelacur itu gagal untuk mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.
Zoom : Nak duit cepat tu la keje dia..sebar fitnah atau tak beliau memang nampak nak duit je..!! Kesian Beckham hehehhehehe :)