Sedih tengok artis-artis kita saban hari makin ramai yang mengisi kalendar artis yang bergelar janda dan duda. Malah saban kali gossip-gossip panas mereka menjadi topic hangat di media cetak dan elektronik. Inilah yang dinamakan dunia glamour apabila kisah mereka menjadi perhatian di mata umum kerana mereka adalah ikon yang dikenali di Malaysia mahupun di luar negara.
Kisah penceraian dan gossip panas Badrul Muhayat dan bekas isteri Julia Daud ( Gambar di Bawah ), pagi tadi sahlah pasangan ini berpisah dengan lafaz cerai yang disahkan oleh mahkamah.
Apa-apa pun semoga anak-anak tidak akan menjadi mangsa dengan keadaan ini. Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak pasangan ini akan menjadi anak yang soleh ataupun soleha,. Insyallah dengan berkat doa anda ia akan menjadi kenyataan.