Julai 08, 2010

Farhan Trauma Rumah Kena Rompak

Kesian kat Farhan ni, kenapalah sekarang ini kes rompakan semakin menjadi-jadi.Anda semua perasaan tak ketika Hari Raya setiap tahun semakin menghampiri sudah pasti kes-kes jenayah pecah rumah dan rompakan akan bertambah.Entahlah...Apa pun berikut komen penyanyi kelahiran Akademi Fantasia yang mempunyai suara serak-serak basah ni.

Ketika rompakan melibatkan kerugian hampir RM20,000 itu, dia dan keluarga sedang menjamu selera di Restoran Madam Kwan, Bangsar pada pukul 8 hingga 11 malam.



Antara barang yang dirompak adalah wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah yang disimpan di dalam dua peti besi di rumah itu.


“Saya rasa terkedu dan trauma sebab perkara seperti ini tak pernah berlaku kepada kami. Semasa kami pulang ke rumah semalam, saya rasa bingung seketika dan tidak tahu hendak buat apa.


“Tetapi sekarang dah okey sikit sebab tiada siapa yang cedera. Alhamdulillah,” ujarnya penuh syukur.


Biarpun insiden itu membuatkannya trauma, Farhan berkata mereka tidak akan berpindah daripada rumah itu.


“Selepas ini, kami akan perketatkan sistem keselamatan pintu rumah kami,” katanya lagi.


Farhan telah membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah selepas kejadian itu. Polis juga telah membuat pemeriksaan sehingga pukul 3 pagi.