Jun 16, 2010

Skandal seks Ariel,Luna kian panas

Dah makin kronik kisah Ariel Peterpan ni, ada ura-ura mengatakan ada ramai lagi selebriti yang beliau tiduri ( Kalau betul)..Apa nak jadi dengan dunia ini ??


Rakyat Indonesia kini berdepan dengan skandal pita rakaman seks pertama selebritinya, membabitkan penyanyi pop, Ariel dengan model terkenal, Luna Maya.

Polis melayari komputer pejabat dan telefon bimbit untuk menonton klip video yang didakwa menonjolkan bintang pop kesayangan bersama dua kekasihnya. Berita berkenaan mengungguli tajuk berita selama seminggu dan mendominasi perbualan dalam rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Beberapa sekolah tinggi di Jakarta turut diserbu polis untuk merampas telefon bimbit supaya klip video yang memalukan itu dapat dikeluarkan dari institusi pendidikan Indonesia. Sesetengah menteri berkata insiden terbabit jelas menunjukkan kemerosotan moral rakyat Indonesia dan keperluan kawalan dan pemantauan ketat terhadap internet.

Apabila skandal itu mencetuskan perdebatan sama ada pendidikan seks, topik yang masih menjadi pantang larang di rumah dan bilik darjah, perlu ditambahkan kepada kurikulum sekolah, dengan tegasnya Menteri Pendidikan, Muhammad Nuh menjawab, “tidak.”

“Saya mungkin ketinggalan zaman, namun saya tidak melihat perlunya pendidikan seks di sekolah. Saya percaya orang ramai akan belajar mengenai seks secara semula jadi,” katanya kepada media.

Sebaliknya, beliau mencadangkan pihak berkuasa menggeledah telefon bimbit pelajar untuk salinan pita terbabit, yang penyebaran pantasnya “melanggar peraturan dan norma biasa dalam masyarakat beragama.”
“Siapa yang bertanggungjawab perlu dihukum,” kata Nuh.

Klip video enam minit pertama menunjukkan penyanyi pop Nazril Irham atau dikenali Ariel, berada di atas katil bersama teman wanitanya Luna Maya, model terkenal, aktres model iklan sabun kecantikan Lux.

Kedua-duanya menafikan mereka berada dalam rakaman itu, sebaliknya menyatakan rakaman itu dipalsukan, namun dipanggil untuk disoal polis.

Pada mulanya, pegawai mengugut untuk mendakwa mereka mengikut undang-undang tegas antipornografi walaupun tiada petunjuk adegan seks intim itu bertujuan untuk ditayangkan kepada umum.

“Jika seseorang dibuktikan sengaja mengedarkan video itu, individu terbabit akan didakwa,” kata Brig Jeneral Zainuri Lubis, jurucakap polis nasional, dan menambah mereka yang ditahan memuat turun klip dan menirunya untuk orang lain mungkin berdepan hukuman penjara.

Media tempatan berkata video itu mula muncul awal bulan ini selepas komputer riba Ariel dicuri dan banyak pita sama dengan selebriti lain, masih berleluasa.