Jun 08, 2010

Sinopsis Filem Melayu Kapoww !!

Satu lagi filem Melayu menarik lakonan pelakon tengah hangat dalam tahun 2010 ni




sinopsis :
keluarga superhero “Keluarga Astromen” berbakti melindungi rakyat malaysia daripada ansir-anasir jahat. Mereka adalah superhero yang diminati oleh orang ramai.



Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang, bercita-cita menjadi seorang superhero. Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering di buli dan diperkecilkan oleh gengster kampung, diketuai oleh faibo. Hanya Aboo, kawan baiknya membantu atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama didamkannya itu. Aboo banyak merujuk kepada buku-buku komik spiderman, superman, batman dan lain-lain. dan mereka mencuba pelbagai cara disengat tebuan, kejutan elektrik, dilanggar keretaapi… namun sia-sia belaka, malah menambah kekecewan dan kesedihan ibunya.


Pada suatu petang, Dolet, kerbau Atoi tiba-tiba hilang lari dari rumah. Dalam keadaan hujah lebat dan ribut petir, Atoi mencari Dolet. Ketika bertaduh dibawah sepohon pokok, Atoi disambar petir. Setekah sedar daripada pengsan Atoi mempeolehi kuasa superhero, boleh bergerak sepantas kilat, mata setajam pisau…


Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari superhero baru unyuk dilatih. Selepas menyelamatkan siti daripada Faibo, dan disaksikan oleh Persatuan Superhero Malaysia. Atoi berjanji kepada mereka di kampung, yang beliau tidak akan melupakan mereka.
Atoi Budak Kultur kini menjadi sensasi tertkini di KL.


 NAmanya meniti di bibir. Beliau menumpaskan banyak penyenah, lebih pantas dan lebih baik daripada geng Astromen. Orang menjadikan idola dan menyanyangi beliau. Atoi mengalami kejutan budaya. Beliau menukar namanya kepada Azroy. Atoi dikelelengi oleh arak dan gadis-gadis cantik. Sikap berlagak Atoi menyebabkan beliau menhina ibunya sendiri yang datang mencarinya di sidang akbar pelancaran album barunya. Atoi malu dengan ibunya berbaju kurung, teman wanita dari kampung, dan kawan baik yang bodoh-bodoh alang. Atoi berpura-pura tidan kenali mereka. Rakyat melihat kelakuan buruknya dan semuanya terkejut. Atoi kehilangan rakan, peminat, penaja rumah, kereta lumbanya dalam sekelip mata. Atoi kini di pulau oleh semua orang.


Mengetahui Atoi bergantung kepada sejenis minuman popular untuk meransangkan kuasanya, arahan di keluar oleh kerajaan, jika sesiapa dilihat memberi atoi minuman tersebut, mereka akan didakwa! Atoi putus asa…. beliau kehilangan kuasa, juga keluarga. Beliau sedar kesilapnyan tetapi sudah terlanbat! keluarganya telah di culik oleh kuasa jahat, Alakazambo, Superhero lain jugak tidak lagi bersamanya, dan tiada siapa mahu membantu.


Barisan pelakon yang memang mantap dan best iaitu Zizan Raja Lawak sebagai Atoi, Nasrizal Ngasri sebagai Aboo, Lisa Surihani sebagai Siti nurhasnita, Rosnah Mat Aris sebagai Astromen mak, Awie  sebagai Astromen wau, Harun Salim Bachik sebagai Astromen belalang, Afdlin Shauki sebagai Din abu, Norlia Ghani sebagai Mak jah, Khir Rahman sebagai Faibo, Bob (KU2)@Kuman sebagai Zamin, Shoffi Jikan sebagai Mi belit, Rashidi Ishak sebagai Jen ucop, Aishah Sinclair sebagai Melisa, Henzi sebagai Ketua geng jerangkung, Patrick Teoh sebagai Pereka fasyen dan Sathiya sebagai Mamak.
Berdasarkan trailer dari Youtube yang nampak menarik, dengan iringin soundtrack dan lagu tema yang rancak dan bertenaga. Pastinya filem Kapoww!! ni mampu memberikan pengalaman menarik untuk ditonton.
Filem selama 100 minit terbitan syarikat Tayangan Unggul Sdn. Bhd.ini dengan klasifikasi U -- Untuk tontonan umum akan mula di tayangkan di pawagam pada 17 Jun 2010. Selamat menonton.