Satu lagi artis yang ingin mengisi senarai pasangan yang akan bercerai di alaf 2010, sebelum ini gossip panas yang tersebar luas mengenai pergolakan rumah tangga beliau akhirnya diakui sendiri oleh beliau dengan membuat pengakuan kepada wartawan.Ikuti luahan seorang isteri yang akan melalui pengalaman pahit bersama suami yang sebelum ini diulam mimpi-mimpi indah bersama;
“Kami sudah tiada persefahaman dan jalan terbaik ialah berpisah,” katanya.
Tanpa mahu menyalahkan sesiapa terhadap apa yang berlaku, keputusan berkenaan telah dipersetujui oleh kedua belah pihak serta mendapat restu keluarga masing-masing.
Menurut Ramlah, selama ini dia telah mendapatkan khidmat kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangganya itu tetapi sayang sekali hasrat berkenaan tidak menjadi kenyataan.
“Saya sayangkan rumah tangga saya dan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkannya tetapi tidak berdaya. Pada saya, soal jodoh, ajal dan maut itu adalah ketentuan Tuhan,” katanya.
Ujar Ramlah lagi, walaupun telah berusaha sebanyak mungkin tetapi jika telah ditakdirkan sudah tiada jodoh, mereka tidak boleh berbuat apa-apa.