Lady Gaga yang tiba di Stadium Citi Field tempat perlawanan itu tidak terus mengambil tempat duduk kerana ia berdekatan dengan kumpulan jurugambar yang bertugas.
Namun, apabila jurugambar mengetahui kelibat penyanyi lagu Poker Face itu, Lady Gaga menanggalkan jaket kulit yang dipakainya bagi menunjukkan coli dan seluar dalamnya sebelum menari serta memberikan isyarat lucah.
"Dia menganggap tidak adil apabila jurugambar sibuk mengambil gambarnya sepanjang perlawanan berlangsung.
"Kehadiran jurugambar itu akan membuatkan semua peminat yang hadir berasa kurang selesa," kata sumber yang dekat dengan Lady Gaga.
