Jun 14, 2010

Kes Badrul Muhayat Disebut Semula 28 Jun

KUALA LUMPUR: Kes pelakon dan bekas model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, yang menghadapi dua pertuduhan mencederakan isterinya, akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang di sini, 28 Jun ini.


Mahkamah bagaimanapun membenarkan Badrul Muhayat diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. - BERNAMA


Zoom: Ini berita terbaru mengenai kes Badrul Muhayat yang ditangkap kerana memukul, menumbuk dan menendang isterinya Julia Daud pada 7 pagi 24 Mac Lepas.


Semoga kisah ini akan menjadi pengajaran buat beliau di masa hadapan.


Apa kata anda ?