Jun 09, 2010

Faizal Tahir Sanggup Mati Syahid Jika Berpeluang Ke Palestin

Inilah pengakuan insan bernama Faizal Tahir,ketika membaca berita kekejaman ISRAEL laknatulllahh yang berhati binatang itu beliau mengaku menangis mengenang sengsara yang dilalui oleh rakyat Palestin.


Ini adalah antara bait-bait luahan artis bernama Faizal Tahir mengenai Palestin,

“Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid,” katanya.
Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut.