Jun 09, 2010

Ana Raffali Buat Album Untuk Bantu Keluarga

Bukan mudah untuk Ana Raffali mengecap kejayaan seperti sekarang. Dia bertuah apabila bertemu komposer terkenal, Aidit Alfian yang ‘menyelamatkannya’ daripada membuat persembahan secara percuma. "Saya rasa sebak bila Aidit beritahu tentang sejarah pembikinan album saya. Biar apa pun dugaan yang saya tempuhi, saya membuat sesuatu yang saya suka dan sentiasa ingat apa yang saya impikan.
“Segala-galanya kerana saya nak raih pendapatan untuk menolong ibu bapa. Saya ada perjuangan tersendiri.
“Selain itu, saya juga mahu masyarakat hargai lagu-lagu kita selain menempa nama dalam industri ini,” kata anak kesembilan daripada 11 beradik itu di majlis pelancaran album tersebut di Felda Villa, semalam.
Dalam pada itu, Aidit berkata dia mengenali Ana sejak November 2007. Pada Mac 2008, dia dan Ana mula membuat persembahan secara akustik di universiti Ana.
“Saya cuba membantunya apa yang perlu. Dari situ dia belajar tentang perbincangan. Dia sudah merasa pengalaman mendapat bayaran show dan ada yang tiada bayaran.
“Sekali dua mungkin okey tapi kita semua cari makan dengan muzik. Jadi, kita kena fikirkan caranya,” ceritanya.
Kini, Ana sudah mampu berdiri sendiri dengan menubuhkan syarikat penerbitannya iaitu Ana Raffali Muzik Enterprise.
Zoom: Alhamdulillah berkat usaha Ana Raffali selama ini beliau dapat membantu keluarga, walaupun masih baru dalam dunia hiburan beliau tanpa menoleh ke belakang terus memperjuangkan seni yang ada pada beliau.Semoga Artis bernama Ana Raffali akan berjaya mengecapi cita-cita beliau dalam dunia hiburan.