"Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massenger untuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain.Fizz yang menafikannya menganggap perkara tersebut sebagai publisiti murahan kepada filem Nur Kasih.
"Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu," katanya yang ditemui pada Majlis Doa Selamat Filem Nur Kasih di sini.
"Kami dah macam adik-beradik tiada istilah maksud kacau, mungkin ada dia telefon saya tapi atas hal lain dan bukan sebab untuk mengoda saya.
"Saya tidak faham apa motif untuk dia bagi kenyataan begitu. Kami tak mahu ambil tahu perkara tersebut dan menganggapnya sebagai publisiti murahan," jelasnya.
Bagaimanapun, Fizz memberitahu dia tidak mahu perkara ini terus mengaitkan namanya sehingga disalah anggap oleh masyarakat.
"Saya tak mahu perkara ini dibesar-besarkan dan kaitkan nama saya. Saya tidak mahu masyarakat salah anggap tentang saya dan Tizz," tegasnya.
Zoom: Makin kronik kisah artis-artis yang berkait rapat dengan Fasha ni, Iskk...Isk tak habis-habis dengan konterversi si Fasha Sandha ni...!!
Apa kata anda ?