Mei 29, 2010

Reza Hasbi berteater !!

Pemenang tempat kedua program realiti Pilih Kasih, Reza Hasbi sekarang sudah mula mendapat perhatian dalam bidang seni. Sekarang Reza sedang berlatih untuk sebuah teater berjudul Jalan.G Belakang Bukit Bintang.


Teater itu akan dipentaskan di Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 9 hingga 13 Jun depan. Setelah menjalani latihan Reza mula rasa seronok berteater.


"Melalui penglibatan saya dalam teater ini, banyak yang saya belajar. Yalah dulu semasa dalam program Pilih Kasih kita diajar juga aspek teater. Tapi apabila benar-benar bekerja ini suasananya tidak sama.
"Saya ni masih baru dan pengalaman selama menjalani latihan banyak mengajar saya. Tunggulah apabila teater ini dipentaskan nanti. Ia bukanlah teater besar sebagaimana yang dipentaskan di tempat yang lebih besar, tapi rasa puas juga apabila dapat peluang berlakon teater ini," kata Reza.


Zoom: Semoga Berjaya dik..!!!!