April 02, 2010

Nia Ramadhani sah isteri Ardi Bakrie orang kaya Indonesia

Pelakon Drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani selamat dinikahkan dengan anak lelaki orang terkaya di Indonesia, Ardi Bakrie semalam.


Ardi menerima wang tunai Rp 2.015 dan sepasang alat solat sebagai mas kahwin. Nia menyebut nilai mas kahwin yang diterimanya ketika memberikan ucapan terima kasih kepada kedua orang tuanya.


“Terima kasih kerana membesarkan saya. Saya minta izin untuk bernikah dengan lelaki yang saya cintai iaitu Ardi dengan mas kahwin berupa wang tunai Rp 2.015 dan sepasang alat solat,” kata Nia, sebelum akad nikah berlangsung di Grand Ball room Hotel Mulia, Senayan, Jakarta, semalam.