Malahan kisah mereka semakin hangat kerana sebelum ini ada gossip yang mengatakan Mak mentua dan Abang Shidee kita sebelum ini ada menyimpan perasaan.Dan ada yang mengeluarkan "Statement" salah seorang mempergunakannya.Entahlah malas nak komen bab tu...Apa-apa pun kisah ini berlanjutan dengan 'Statement" Abang Shidee kita ini di Melodi baru-baru ini...Ikuti kisah konterversi terbaru ini di bawah...!!!
"SAYA tidak berniat merendahkan maruah golongan janda,"
Dalam program tersebut, Shidee mengeluarkan kenyataan sensitif yang boleh melukakan hati kaum janda. Shidee ketika diwawancara wartawan Melodi, cuba mempertahankan pendiriannya yang mengahwini isterinya Siti Fairunnisa Aziz dan bukan ibu mertuanya kerana "peminat dan keluarga akan marah kalau saya berkahwin dengan janda anak dua."
Ramai yang terkilan dengan cara Shidee memperlekehkan golongan janda sehingga tergamak berkata demikian.
Penyanyi yang popular era 80-an itu menjelaskan bahawa kenyataan tersebut hanya ditujukan kepada ibu mertuanya semata-mata dan tidak berniat untuk menjatuhkan martabat golongan janda yang lain.
"Saya berkata demikian kepada ibu mertua saya bukan kepada golongan janda di luar sana. Saya ingin memberitahu bahawa saya seorang bujang dan inginkan zuriat dan jika berkahwin dengan dia kemungkinan besar peluang untuk mendapatkan cahaya mata adalah sukar.
"Lagi pula saya ketika itu sedang beremosi dan tidak dapat menahan perasaan. Tapi demi Allah saya hanya tujukan kepada ibu mertua saya sahaja. Saya tidak nafikan hak golongan janda untuk berkahwin dengan orang bujang, itu hak mereka. Saya berkata bagi situasi saya sahaja,"
ujar jejaka berusia 51 tahun ini.
ujar Shidee ketika diminta mengulas tentang kenyataannya di program hiburan, Melodi, terbitan TV3 semalam di mana kenyataan berbaur kontroversi itu dijangka boleh menimbulkan kemarahan golongan janda.