Akhirnya pemuda ini akur dengan pilihan penonton di luar sana, penyingkiran beliau memang dijangkakan kerana setiap minggu beliau berada ditangga terakhir senarai peserta Raja Lawak 4.
Mari kita baca luahan anak muda ini yang berjaya sampai ke minggu ke 7 dalam program Raja Lawak musim ke 4 ini.
"Saya tidak pernah putus asa, apa yang saya lalui di sini adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Tidak sedikitpun saya menyesal kerana mengikuti rancangan ini, lagipun saya tidak rugi apa-apa. Saya dapat rasakan bakal tersingkir kerana persembahan saya malam ini agak mengecewakan,"kata bapa kepada tiga orang anak ini.
Walaupun menyedari dirinya tidak setanding peserta lain untuk merebut tempat kekal hingga ke minggu akhir, namun Caca bersyukur dengan apa yang telah diperolehi di RL4 dan menerimanya sebagai adat dalam pertandingan.
"Saya tidak merasa terkilan dengan penyingkiran ini, malah dengan terkeluarnya saya malam ini, saya dapat memberikan peluang kepada peserta lain yang lebih berbakat. Saya sedar dengan kemampuan diri, sebenarnya saya tidak mempunyai bakat menjadi seorang pelawak. Secara jujurnya saya mengikuti rancangan ini kerana ingin mengetahui apa yang terdapat dalam lawak itu sendiri,"ujarnya yang akan pulang ke kampung halaman dalam masa terdekat.
"Ini adalah antara tema yang susah, peserta mesti bijak menyesuaikan dengan idea mereka supaya tidak lari daripada konsep asal. Tambahan pula, minggu ini mereka diberi masa selama tiga setengah minit. Mungkin sebelum ini hanya dua minit, apabila masa menjadi panjang, mereka agak hilang fokus,"kata Afdlin. Baki peserta RL4 yang hanya diwakili oleh Kumpulan Antu, Kumpulan Mamu serta Idlan dan Alex dikatakan bakal berlaku persaingan sengit kerana mereka mempunyai bakat dan kreativiti yang tersendiri untuk persembahan yang akan datang.
Zoom: Apa kata anda mengenai peserta ini?