Februari 23, 2010

(Cerita Artis) Adik angkat jadi isteri Imuda !!


Sudah ditakdirkan jodoh Abang Imuda kita ini dengan adik angkatnya, walaupun jurang perbezaan umur agak ketara tetapi isteri Imuda pandai menyesuaikan diri sebagai ibu kepada anak-anak Imuda.Ikuti luahan Imuda mengenai kisah adik angkat yang kini menjadi isteri beliau yang sah.


"Perkenalan kami kira-kira empat tahun lalu bermula sebagai hubungan antara abang dan adik angkat.
"Masa mula-mula berkawan, saya tidak terfikir langsung untuk bercinta pun. Maklumlah jarak umur saya dengan dia pun jauh.
"Memang saya tak pernah terfikir pun hubungan ini boleh 'melekat' sehingga menjadi pasangan hidup.
"Kami banyak berkongsi rasa dan masalah. Kami rapat dan akrab serta selalu keluar bersama.
"Memang sudah jodoh namanya, daripada hubungan persahabatan bertukar menjadi hubungan perasaan secara perlahan-lahan.
"Saya semakin terpikat dengannya dan begitu juga sebaliknya. Kami suka sama suka.
"Memandangkan saya pun duda dan dia pun bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya, lantas kami putuskan untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan perkahwinan," katanya.
Zoom: Alhamdulillah kerana anak-anak Imuda dapat menerima ibu baru mereka...Apa kata anda !?