Disember 09, 2009

(Filem) Upin dan Ipin Diterjemah ke 11 Bahasa


SIRI kartun kembar 'Upin & Ipin' kini melangkah setapak lagi dengan penerbitan komik 'Upin & Ipin' secara bulanan buat pertama kalinya.

Watak kartun tempatan ini mula menempa nama empat tahun yang lalu.

Menurut Pengarah Nyla Sdn Bhd, Tunku Maziah Tunku Mukhtar, yang juga penerbit komik tersebut, syarikatnya telah menerbitkan 75,000 naskah komik dan sudah mula dijual sejak semalam.

"Komik berwarna ini akan dijual pada harga RM4.90 di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula semalam. Ianya boleh didapati dari kedai-kedai buku berhampiran.

"Setiap edisi akan memuatkan dua episod siri kartun 'Upin & Ipin' serta beberapa lagi segmen lain yang pasti menjadi tarikan kanak-kanak," kata Maziah dalam satu sidang media majlis pelancaran komik 'Upin & Ipin' di Shah Alam semalam.


Baca Selanjutnya



Dan Filem Animasi "Geng" juga akan diterjemahkan kepada bahasa lain,Menurut Akhbar online tersebut Filem animasi Geng akan ditayangkan dibeberapa buah negara.Zoom ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan UPIN DAN IPIN...Apa kata anda !!?