November 04, 2009

(Gossip) Isteri Radhi OAG memohon waran tangkap Radhi !!!!


Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini.

Mahkamah Rendah Syariah hari ini sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang. Justeru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi. Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.



Baca Selanjutnya

"Dengan keterangan pihak plaintif (Shazlin), jelas pihak defendan tidak hadir. Saya mohon waran tangkap dikeluarkan," kata Rubiah.

Shazlin yang berbaju kurung biru muda dan bertudung hitam hadir bersama seorang temannya. Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.

"Mahkamah perlu terlebih dahulu mengetahui berapa jumlah talak dan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Mohd Radhi pada 25 Februari lalu jatuh atau tidak," kata Ghazali dalam prosiding mahkamah ketika itu.


Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan 3 November ini untuk perbicaraan semula pengesahan penceraian Mohd Radhi dengan isterinya, Shazlin berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari lalu. Sebelum ini, Shazlin mendakwa Radhi telah mengucapkan lafaz cerai berbunyi 'Oklah, I ceraikan you. Talak 3, 2, 1?' pada September tahun lalu. Bagaimanapun, selanjutnya, mahkamah dan hakim yang sama mensabitkan tidak berlaku talak antara mereka berikutan Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai oleh Shazlin.