Baca Selanjutnya
KUALA LUMPUR: “Biarlah apa orang hendak tuduh asalkan saya tidak buat jahat kepada sesiapa dan kedua-dua ibu bapa kenal siapa saya,” kata juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohammad Faizal Ramly atau Faizal, mengenai desas-desus dia ditangkap khalwat di kampungnya di Terengganu, baru-baru ini.
Faizal, 25, berkata dia terkejut apabila namanya dikaitkan dengan gosip kononnya seorang artis ditangkap basah tetapi enggan mengambil serius perkara itu.
“Saya tidak ditangkap basah, jadi kenapa hendak takut. Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul sedangkan saya sekarang sibuk menguruskan kerjaya,”katanya yang ditemui di Mont Kiara, di sini, semalam.
“Banyak lagi yang perlu saya belajar dalam industri hiburan ini dan saya anggap tuduhan itu umpama cabaran untuk mematangkan saya,” katanya.Sebelum ini nama Faizal dikaitkan dengan gosip ditangkap khalwat dengan pasangannya di kampung halaman.
Gosip disiarkan di portal hiburan itu tidak menamakan artis terbabit tetapi menyatakan dia menjuarai sebuah program realiti dan pernah dicalonkan sebagai belia contoh.
Mengenai rungutan media mengenai kesukaran menghubunginya, Faizal menjelaskan perkara itu berlaku disebabkan telefon bimbitnya hilang ketika penggambaran filem terbaru Pulau Asmara di Langkawi, baru-baru ini.
“Saya minta maaf kepada pihak yang gagal menghubungi saya tetapi selepas ini, mereka boleh menghubungi saya menerusi Alakazam Production, saya akan memberikan kerjasama terbaik,” katanya.
Faizal turut berterima kasih kepada pengurusan Alakazam Production yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berlakon dan merakamkan album terbaru yang dijangka berada di pasaran April tahun depan.
“Walaupun ada banyak cerita mengenai saya sebelum ini tetapi mereka masih memberi kepercayaan dan ia menjadi azimat kepada saya untuk berjaya dalam kerjaya sebagai artis,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Alakazam Production, Datuk Abdul Aziz Singah, berkata pihaknya berminat mengambil Faizal sebagai artis naungan disebabkan komitmen yang diberikan ketika berlakon dalam filem Pulau Asmara.
“Dia berbeza dari gosip yang saya dengar sebelum ini iaitu tidak berdisiplin dan banyak masalah lagi. Faizal sebaliknya sangat berbakat dalam bidang lakonan serta memberi komitmen 100 peratus menjayakan wataknya,” katanya.
Credit Metro
Dan Ini pula Cerita dari Laman web GUa Sebelum ini
Woots! Mamat senyum sokmo, Faizal AF4 kena tangkap basah? Biar betul ni? Macam tak caya je since kalau nengok Faizal ni, elok je perangai. Tup-tup namanya dikaitkan dengan isu artis program realiti kena tangkap basah seperti yang dilaporkan oleh Gua.com.my
Menurut penulis Gua, artis realiti tersebut telah ditangkap basah bersama pasangannya nun jauh di kampung halamannya namun penangkapannya itu tidak dihebohkan kepada media kerana konon’nya mahu menjaga nama baik penyanyi yang berasal daripada program realiti itu. Maklumlah dia dahulu pernah dicalonkan untuk menjadi belia contoh.
Khabarnya juga, artis program realiti yang juga merupakan juara untuk program tersebut bakal berkahwin dengan pasangan tangkap basah’nya itu pada penghujung tahun ini. Namun begitu, tiada info lanjut mengenai tarikh perkahwinan mereka itu kerana mereka enggan menghebohkannya. So, hanya tunggu dan lihat sajalah jawabnya. Huhu..
Tapi kan, dari hint yang diberikan oleh Gua tu, macam betul je artis tersebut adalah Faizal AF4 since beliau merupakan juara AF untuk musim ke-4 dan pernah dicalonkan untuk menjadi belia contoh. Tapi entahlah, kita tunggu je pihak Faizal AF4 buat kenyataan terbuka mengenai perkara ni.
Zoom KOmen : Huh,sokmo2 apa dah jadi...Sama-sama kita tunggu dan lihat penghabisan lakonan drama AF ini...!!!! Apa KOmen anda !!?/