Selepas tiga tahun bernikah dengan Azfaidzul, kini kehidupannya sebagai wanita dilengkapi dengan status ibu kepada Hudhaifah, nama yang tersirat maksud penyimpan rahsia Rasulullah.
"Nama ini suami yang beri 10 hari selepas dia selamat dilahirkan. Alhamdulillah, cantik namanya,"ujar Khiriah yang pada mulanya mahu menamakan bayi lelakinya itu dengan nama Muhammad Jibrail.
Baca Selanjutnya
Mengakui cukup bersyukur dan teruja dengan keajaiban yang Tuhan limpahkan kepadanya, pengalaman pertama menjadi ibu menurut Khiriah lebih 'kalut' berbanding pengalaman pertama menjadi pelakon.
Tambahnya yang gemar menonton drama Cinta Balqis, Spontan dan Oprah sepanjang berpantang: "Saya seronok jadi ibu walaupun saya sudah macam zombie kerana tidak cukup tidur sebab menguruskan Hudaifah. Walaupun kalut, tapi pengalaman jadi ibu memang sangat luar biasa.
"Kalau sebelum ini saya memang takut untuk memandi, memegang atau mencuci najis bayi, bila sudah jadi ibu, saya lakukannya dengan senang hati dan ikhlas. Sejuk rasa hati tengok bayi sendiri,"akuinya.
Bakal kembali aktif hanya pada Februari 2010, pelakon ini tidak menolak untuk berlakon di luar kawasan Kuala Lumpur kelak. Bagaimanapun ujar Khiriah, Hudaifah harus diutamakan dalam semua agenda kehidupannya sekarang.
"
Asalkan Hudaifah tidak terabai, saya tidak kisah untuk menerima tawaran berlakon di luar kawasan,"bicaranya yang menolak banyak tawaran berlakon pada Disember depan kerana tidak mahu membiarkan anak sulungnya itu terabai.
Zoom Komen: Sesudah 3 tahun mendirikan rumah tangga baru lah khiriah merasakan apa yang ibu-ibu rasai dalam mendidik anak mereka.Semoga norkhiriah berjaya dalam kedua-duanya..Apa Kata dan komen anda !!!?