November 27, 2009

(Cerita Artis)Eja Sedia Perkenal Nur Eishal 3 Disember Ini !!!


Macam-macam cerita anak artis sekarang ni, bukan setakat ibu dan ayah yang jadi perhatian tetapi anak-anak yang baru lahir juga turut terkena tempiasnya..!!! Jum kita zoom cerita anak Eja ni pulak..!!!

SELANG tiga bulan melahirkan Nur Eishal, barulah pelakon cantik Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bersedia memperkenalkan puteri sulungnya itu.

Eja, 37, memilih tarikh 3 Disember ini untuk menemukan Eishal dengan rakan media dan rakan-rakan yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.

“Saya memilih tarikh 3 Disember kerana genap tiga bulan usia Nur Eishal. Buat pertama kalinya, saya akan memperkenalkan ‘baby’ saya kepada rakan media kerana ramai yang tertanya-tanya bila saya akan menunjukkan wajah Nur Eishal.



Baca Selanjutnya

“Jadi, pada pukul 3 hingga 5 petang itu, saya akan menyediakan sedikit jamuan petang di sebuah hotel kepada mereka yang hadir.

“Saya mengadakan majlis itu secara santai dan kasual dan jemputan terhad dalam 20 orang sahaja.

“Mungkin lebih dari itu kerana setakat ini saya masih lagi mengumpul nombor telefon dan mendapatkan pengesahan rakan media dan rakan-rakan lain yang akan hadir ke majlis itu.

“Jadi, selepas ini orang ramai boleh melihat rupa Nur Eishal kerana sebelum ini saya rasa masa tidak sesuai,” katanya ketika menghubungi mStar Online semalam.

Eishal dilahirkan pada 3 September lalu setelah berkahwin dengan Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49 kira-kira 10 tahun lalu.

Tambahnya, “Kalau nak tunggu majlis cukur jambul lambat lagi. Lagipun orang ramai dah bertanya jadi saya fikir inilah masanya.”

Zoom KOmen: kalau gambar anak Eja dah ada share la dengan pembaca di ZOomartis..Apa-apa pun komen la k...