Oktober 12, 2009

(Gossip Hollywood) Nelly Furtado ingin berbogel dalam Playboy pada usia 40 !!!


NELLY Furtado meminta orang kuat majalah Playboy, Hugh Hefner supaya memberi tawaran lumayan untuknya beraksi bogel ketika dia mencecah usia 40 tahun.

Furtado, 31, pernah ditawarkan jumlah wang yang besar untuk berbogel di awal kariernya dulu, tetapi dia amat risau tindakan itu akan mencemarkan peluangnya untuk terus berjaya dalam bidang seni.



Baca Selanjutnya

Namun, memandangkan semakin berusia, penyanyi itu rasa lebih berkeyakinan dengan rupa paras dan kariernya dan disebabkan itu, dia ingin Hefner untuk memberi semula tawaran baru.

"Majalah itu pernah ingin menawarkan $500,000, tetapi saya tidak mahu Playboy berada di dalam resume saya pada usia 22 tahun. Jika mereka tanya ketika saya berusia 40 tahun, saya mungkin akan bersetuju," katanya.