September 07, 2009

(Video) Panazz Azwan Ali Kenakan Nabil Di Tv3


Ni apekes bulan-bulan puasa pun sibuk nak serang-serang orang ni Azwan? Hurm, korang bakal menyaksikan gaya penampilan Azwan Ali yang agak kacak sebentar nanti. Kalau pernah menonton filem Setem, lagi la jantan mamat ni. Rasanya dia ni saja je buat-buat macam bapok kot. Suka jadi artis kontroversi.

Azwan Ali dan Nabil dipertemukan dalam rancangan AC Sempoi (formerly known as AC di Sini). Rakaman dilakukan sebelum Azwan Ali berangkat mengerjakan umrah kot (minta-mintak jangan la maki hamun orang lagi).

Tapi Nabil juga ada kata yang dia terkesima pada malam tu. Jadi isu tu boleh lah kita katakan sebagai selesai. Jangan buat lagi lepas ni. Kahwin cepat-cepat dengan Irma tu pun lagi bagus. Tak bagus couple lama-lama ni. Bukan tak cukup duit nak kahwin si Nabil ni tapi sebab sibuk sangat dengan urusan dunia dia. Jangan sampai ada datuk-datuk kaya luar sana usya line. Hehehe.

Info : Oh Artis...TQ

Babak yang sempat dirakam ni memang agak lawak bila Azwan Ali ditugaskan oleh AC Mizal untuk menyerang Nabil dengan pelbagai soalan. Dan apa lagi soalan paling femes mengenai Nabil ni, dah tentulah isu peluk-memeluk dia dulu masa Bintang Popular Bintang Harian. Ikuti rakaman berikut.

Nasib dengan selamba menjawab:
“Yang sebenarnya. Saya bukan dah berapa tahun tak peluk orang. Malam tu saya punya gembira tu saya nak kongsi dengan mak saya. Tapi yang ada MAKWE je. Terpaksalah.

Mungkin kerana Nabil ni seorang pelawak, boleh lah kita kategorikan kata-kata dia tu semua nak melawak je. Tapi tak tahu la kalau tu memang betul apa yang dia rasa. Hehe, tak kot?