September 16, 2009

(celebrity News) Fizow Omar Pakar masakan Thailand !!!


SEBAGAI model dan pelakon berbakat besar, Fizow Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selesa berlakon di depan lensa kamera.

Namanya pula meniti bibir para peminat kerana kehebatan lakonannya dalam filem, drama dan telemovie.

Mungkin ramai tidak tahu Fizow turut selesa 'beraksi' di dapur. Kali ini bukan sekadar untuk rakaman filem, drama dan telemovie. Fizow sebenarnya suka memasak.

"Saya betul-betul suka masak. Saya bolehlah menghasilkan Tom Yam, kerabu menggunakan ikan bilis dan sotong dan macam-macam lagi yang membuat anda kecur liur.

"Biasanya, saya memasak untuk melayan ahli-ahli keluarga, kawan-kawan serta sanak saudara," kata Fizow, 24, ketika dihubungi baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri 'Bionik' dan kawan baik pelakon Kamal Adli ini memberitahu dia mewarisi kemahiran memasak dan resipi rahsia makanan Siam itu daripada ibunya yang berasal dari Thailand.

Ini petikan dari Mstar, Yer ker nak masak..dulu pemain bola sepak lepas tu bertukar ke modelling ..last2 jadi Artis Malaysia..Nak jadi tukang masam nanti2 la dik oiiiii tunggu saham dah jatuh..!!! :P sedapp kerr !! Sodap Lagi Masakan Nogoriii masak Lomak cili api..Masak Maman..( Masakan Negeri 9) .. !!! apa kata u alls !?