
Ashraff Muslim sekarang sedang mengerjakan umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah. Ashraff bukan sahaja boleh merasai nikmat berpuasa di tanah suci yang dipenuhi manusia dari seluruh dunia, malah dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti di sana.
Ashraff akui sejak kecil lagi sudah menyimpan hasrat untuk ke Mekah. Kini apa yang diidamkannya sudah menjadi kenyataan."Alhamdulillah apabila ada rakan yang tahu saya ingin ke tanah suci, mereka turut memberi panduan kepada saya agar tidak menghadapai masalah semasa di sana," kata Ashraff kepada Mangga Online beberapa hari sebelum berangkat.Ashraff berangkat ke Madinah dahulu pada 6 September lalu. Setelah beberapa hari menziarah makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi dan tempat-tempat bersejarah di Madinah, Ashraff dan rombongan Andalusia Travel ke Mekah pula untuk mengerjakan umrah.