September 28, 2009

(Celebrity News) Diana Danielle Cungkil Bakat Dan Bakal Keluarkan Album !!



Diana yang ditemui pada sesi penggambaran selebriti bersama chef pastri Hotel Istana sempena penglibatan hotel tersebut dalam The 3rd Choc Cake Championship, baru-baru ini memberitahu dia kini sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan single pertamanya secepat mungkin.

"Sebenarnya sejak dari kecil saya memang minat menyanyi, tetapi saya tidak tahu macam mana saya boleh berada dalam bidang lakonan.

"Pada awalnya saya fikir, jadi pelakon mungkin dapat memudahkan niat saya untuk jadi penyanyi bila dapat kenal ramai orang... tapi lama kelamaan saya rasa seronok pula berlakon.

"Bagaimanapun saya masih lagi dalam perbincangan untuk menghasilkan single pertama saya dan kalau boleh saya nak ianya dihasilkan secepat mungkin sebelum hujung tahun ini.

"Saya berminat untuk menyanyikan lagu yang berentak jazz dan saya bersama pihak yang terlibat akan cuba sesuatu untuk mencari kesesuaian dengan suara saya," kata Diana yang begitu meminati penyanyi Norah Jones.

Zoom Komen:Semoga Berjaya Dik,Zoom pun nak dengar suara diana ni :P u alls pernah dengar tak ? Any KOmen ?