

Teater Impak Maksima The Musical akan dipentaskan di Singapura selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Tapi nampaknya untuk pementasan itu, barisan pelakonnya bertukar.
Dengar-dengarnya bukanlah kehendak produksi di sini, sebaliknya pemilihan oleh pihak di Singapura yang mahu menukar beberapa pelakon untuk kesesuaian dengan kehendak mereka. Antara nama popular yang digugurkan ialah Zulhuzaimy dan Dynas.
Pengarahnya jadi serba salah untuk memberitahu sendiri pelakon-pelakonnya. Takut mereka terguris. Tapi apa nak buat, pementasan di sana bukanlah terbitan mereka sebaliknya pihak sana yang mahu mementaskannya. Malah ia juga turut melibatkan pelakon negara seberang tambak itu.
Tempat Zul akan digantikan dengan pelakon baru yang sedang hangat Kamal Adli dan tempat Dynas pula bakal diisi oleh Wangi The Fabulours Cat. Antara punca mereka tidak dapat beraksi di sana ialah pihak di sana mahukan pelakon yang ada kelebihan dalam nyanyian sesuai dengan konsepnya, teater muzikal.
Zoom Comment : Nak Buat macam mana dah osrang kat sana berkiuasa,suka hatti dia orrang naka buat apa..kalau artis tu faham tak per..Kalau yang nak salahkan pengarah kan haru biruuu jadi nyer...Orang seberang pun terlalu memilih sgt..Macam la si zul dan dynas ni tak top..Yerlah sebab diaorang kah tak tau sgt perkembangan artis malaysia ni kot :P apa pun apa komen u alls?