Ogos 02, 2009
(Gossip) Julie Woon Mengaku Qi Qushairi Razali Kekasinya !!
PELAKON, Julie Woon tidak menafikan dia adalah Julie Hoi, model yangberpakaian seksi suatu ketika dahulu. Dia akur apabila foto-fotoseksinya kini disebarkan iaitu setelah dia berjaya menjadi Nina dalamsiri Blogger Boy.
"Ya, gambar-gambar yang disebarkan ituadalah gambar saya. Ketika itu saya masih muda iaitu berusia awal 20-andan saya menjadi model di Singapura. Saya hanya berpakaian dalam semasabergambar untuk sebuah majalah Australia," akuinya tanpa penyesalanyang mendalam.
Namun, jika ditanya perihal sekarang, Julie bertegas dia tidak akan mengulangi lagi tindakan itu. Cukup hanya sekali, katanya.
"Mungkin waktu dulu darah muda dan saya tidak tahu cara yang betul untuk menonjolkan diri," ujar Julie, 25.
"Saya mendapat banyak reaksi daripada peminat dan rata-rata tidak mengkritik, cuma mereka mahu mendapat kepastian.
"Sayaharap ini menjadi pengajaran untuk mereka juga. Maksudnya, bila mahumelakukan sesuatu, harus berfikir panjang walau apa pun agama yang kitaanuti," tegas pengacara program Motorsport ini.
Tidak tertekandengan isu pakaian dalam dan ekstra-seksi yang sedang panas diInternet, Julie turut mendapat sokongan penuh 'kekasih hatinya', Qiatau Qushairi Razali yang juga pasangannya dalam Blogger Boy.
Hubunganyang terjalin sejak sama-sama berlakon dalam siri tersebut akhirnyatidak dapat ditahan-tahan hingga ke luar set. Dia sekadar mengiyakanhubungannya dengan bekas pemain drum OAG itu.
Zoom Comment: Tahniah Untuk Julie kerana mengaku kesilapan yang dilakukan dulu..biarlah gambar2 sexy and hottiess tue menjadi kenangan...Mulakan hidup baru,dan semoga berbahagia bersama Qi.Semoga hubungan anda kekal hingga ke jinjang pelamin walaupun berbeza agama.Good luck..
Labels:
Artis Malaysia,
gossip,
Julie woon,
Kekasih Artis,
Qushairi Razali,
Sexy