Ogos 04, 2009

(Gosip) Konsert Search Gagal memberi Kepuasan !!!!


Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru di Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara, Kuala Lumpur Sabtu lalu merupakan medan terbaik untuk mereka menghargai sokongan peminat atas pengiktirafan tersebut.

Sayangnya, konsert anjuran Art-Is At Work dan penaja utamanya, Celcom Blue itu seakan-akan belum mencapai matlamat Search dalam memberi kepuasan serta penghargaan kepada hampir 25,000 penonton yang hadir pada malam itu.

Masalah teknikal pada sistem bunyi paling banyak membelenggu pada konsert yang mengenakan tiket berharga RM88 dan RM58 itu sehingga ia menganggu kosentrasi persembahan Search dan juga penghayatan para peminat mereka.

Search yang muncul di pentas pada pukul 9.50 malam walaupun sepatutnya dijadualkan beraksi sekitar pukul 9 malam tampil dengan lagu berjudul Panggung Khayalan di mana masalah mula dikesan pada mikrofon yang digunakan oleh Amy.

Kesian Kat Kumpulan Search Baru Nak Menghiburkan Peminat Dah Sound Sistem Problem Pulak..kes Ni macam kes kat indon masa anugerah hari tue...sama tapi tak serupa ...Sabar la Bro Amy Nak buta macam mana dah bukan pakar yang buat..Buat sambil Lewa macam tu la jadi nyer...!!!