Ogos 03, 2009

(Celebrity News) Faizal Juara AF Di Pinggirkan !!!!

MENYEPI diri sejak melancarkan album sulungnya pada Ogos lalu, Mohammad Faizal Ramly (Faizal) boleh dikatakan antara juara Akademi Fantasia (AF) yang paling kurang mendapat perhatian media. Jika ada pun cerita mengenai Faizal, ia semuanya berita yang kurang enak.

Dilemparkan pelbagai tuduhan termasuk mengambil dadah serta tidak berdisiplin, karier Faizal agak berliku sehinggakan dia dilabelkan sebagai juara AF yang paling tidak berjaya. Namun, di sebalik 'ketiadaan' Faizal, dia sebenarnya sibuk membuat persembahan.

Cuma persembahan-persembahan itu tidak mendapat perhatian media yang sekali gus membuatkan orang berfikir Faizal tidak lagi aktif. Namun, Faizal tidak kisah dengan semua tanggapan orang kerana semua itu menjadikan dirinya lebih matang.

Zoom Comment: Zoom Kesian Tengok Juara AF sorang ni,Korang perasaan tak ? Kalau tak Mawi,Zahid,Stacy,Mila..Hafiz Biasa la Baru Lagie.. Faizal ni banyak Ketinggalan dari segi Promosi.Kesian tapi nak buat macam mana....Apa komen korang?