Julai 28, 2009

(Hot News) Radhi OAG -Shazlin Masih Isteri Yan SAH !!!!


PETALING JAYA - Perang mulut tercetus antara vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali (Radhi OAG) dan isterinya, Shazlin Shariff selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri yang sah.

Kejadian berlaku di luar pekarangan mahkamah apabila Radhi, 32, menyerbu ke arah Shazlin, 31, sambil menyindir isterinya itu sebagai 'pelakon wanita terbaik'.

Radhi juga menuduh Shazlin mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebagai alasan untuk bercerai dan meminta Shazlin membuat pengakuan di hadapan wartawan serta menyuruhnya menelefon lelaki berkenaan yang juga bekas suami seorang pelakon.

Shazlin yang pada mulanya tenang akhirnya hilang sabar dengan gelagat Radhi sehingga tercetus perang mulut sesama mereka.

Dia juga beberapa kali mencabar Radhi supaya menceraikannya tetapi tidak dipedulikan.
Selepas adegan panas itu berterusan selama 15 minit, Shazlin berjalan memasuki kereta Proton Waja miliknya untuk beredar tetapi ditahan oleh Radhi.
(PETIKAN KOSMO)

Zoom Comment: Mahkamah Dah putuskan RADHI dan Isteri Masih SAh Suami Isteri.Tapi Zoom Nampak macam tak ada harapan nak berbaik jer..Cuba la selamatkan keluarga demi anak tersayang..Ini Semua nak menang..API + API = 0 cuba la API + Air = A++ mesti aman damai...bahagia sentiasa..Fikir2kan la wahai isteri dan suami yang tengah membaca