Julai 27, 2009

(Gossip) Peminat Makan Hati Dengan Kak Engku !!!


Kisahnya berlaku semasa rakaman Program Pilih Kasih di seremban.Berikut perbualan Pengadu dan penerima ( Bro Niezam)

Nak dijadikan cerita, peminat tadi dalam dua, tiga orang pun dijemput sama oleh salah seorang pegawai promosi Pilih Kasih bagi menikmati makanan yang disediakan.

"Masa tengah berbaris untuk mengambil makanan, saya ada tegur Kak Engku dia jawab dengan baik. Dia tanya saya ni wartawan ke? Saya kata bukan, cuma peminat. Lepas tu dia pun beredar dari situ," jelas peminat tersebut.

Kalau macam tu apa masalahnya? Sambung peminat tu lagi, masalahnya selepas itu Kak Engku dikatakan telah mengadu kepada pemilik katering supaya tidak membenarkan individu selain krew dan wartawan mengambil makanan. Alasannya takut nanti makanan habis.

Aduan Kak Engku itu disampaikan oleh seorang pekerja katering kepada peminat berkenaan yang menyebabkan mereka terasa hati.

"Kami bukan nak makan sangat Abang Niezam tapi dah dijemput oleh pegawai promosi Pilih Kasih tu, kami makanlah.

"Bukan banyak mana pun makan. Ambil syarat saja sebab orang dah jemput. Jika makanan di situ habis kerana kami, minta maaflah," kata peminat tersebut lagi.

Zoom Comment: Alah mungkin masa tu kak engku takut makanan tak cukup kot..yer la kalau sorang dua tak per..kalau berduyun2 datang join alamatnya tak makan lah krew2 masa tu...Bukan nak cover tapi mungkin itulah yang Kak Engku fikirkan.