Julai 19, 2009

(Gossip) Mamat (Exist), isteri pisah bumbung!!



Lama tak dengar cerita Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist yang popular dengan lagu Untukmu Ibu tidak lama dulu. Baru-baru ini kelihatan Mamat bersama krew dari Singapura. Dia jadi orang belakang tabir satu persembahan pentas.

Rupa-rupanya sudah empat bulan Mamat tinggal di Singapura. Bagaimana dengan keluarganya yang tinggal di Kuala Lumpur?

"Saya selalu berulang-alik kalau ada kerja di Kuala Lumpur, tapi saya akui sekarang lebih banyak masa saya di Singapura. Kalau ada kerja di Kuala Lumpur saya akan turun ke Kuala Lumpurlah," kata Mamat.

Rupa-rupanya Mamat sedang ada masalah dengan isteri, Shiela. Sejak berhijrah ke Singapura, dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya.

Namun kata Mamat, masalah mereka bukan masalah yang sangat besar. Masih ada ruang untuk dibaiki dan kini dia mahu tumpukan kepada kerja dahulu. Mamat tetap tidak abaikan anak-anaknya, Aleeya Mysara, 7, dan Mohd. Eiki Daniel, 5.

"Saya selalu berhubung dengan anak-anak saya. Aleeya dah pandai menghantar pesanan ringkas. Saya kerap berhubung dengan anak-anak saya," kata Mamat.

Hasil penghijrahan selama empat bulan ke kota Singa, Mamat sudah menyiapkan lagu baru. Sebuah lagu duet dengan artis wanita Singapura dan sebuah lagi lagi solonya.


Zoom Comment : Semoga Berjaya,Tapi Jangan Lupa Dengan Keluarga Dah.