Jun 03, 2009

(Program Realiti) Pilih Kasih : 20 finalis telah diketahui, dan kini pencarian bermula!



Tontoni program realiti hebat Malaysia, ’Pilih Kasih, dibawakan khas oleh TM!

Bermula 6 Jun 2009, 20 peserta akan bertarung untuk memenangi hati juri dan anda (ya, anda!) dengan menonjolkan bakat terpendam mereka. Saksikan program ini setiap minggu untuk mengetahui siapa yang akan kecundang, dan siapa yang akan selamat, dengan pelbagai drama dan konflik sepanjang program ini berlangsung. Inilah keistimewaan program realiti!

Program ini akan disiarkan secara langsung di TV2 dari Auditorium Tengku Puan Chik,
Kompleks Penyiaran (RTM) di Senawang, Negeri Sembilan. Sertai kami dan lihat bakat-bakat terpendam dengan lebih dekat di sana pada setiap Sabtu jam 8.30 malam! Program bermula 6 Jun hingga 16 Ogos 2009.

Pihak TM akan mengadakan Karnival TM di Kompleks Penyiaran tersebut pada setiap

hari Sabtu, bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang. Rebut peluang untuk menyertai bengkel
lakonan selama satu hari bersama Rosyam Nor dan beli kad iTalk istimewa yang memaparkan gambar beliau dan anda di dalamnya!

Sebagai penaja utama, TM diberikan hak eksklusif untuk menyediakan sebuah laman web rasmi Pilih Kasih di www.hypp.tv bagi menayangkan kandungan-kandungan menarik seperti

episod ulang tayang siaran langsung, ujibakat, jurnal harian, perkembangan 20 peserta program, klip-klip video eksklusif, belakang tabir, berita terkini, undian harian, galeri foto,

komen juri dan menyertai peraduan mingguan dan peringkat akhir.
Saksikan diari harian ‘Kisah Pilih Kasih’, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang dan siaran ulangannya pada jam 1.00 pagi di TV2 pada Selasa hingga Jumaat.

Jangan ketinggalan untuk menonton siaran langsung ‘Pentas Pilih Kasih’ setiap Sabtu

jam 8.30 malam bermula 6 Jun ini!