Jun 03, 2009

(Malaysia News) Manohara diminta sediakan laporan perubatan bukti didera


Saat2 Bahagia Manohara bersama tengku...
Berani Kerana Benar Takut kerana Salah...Insyallah..
Good Luck..
Hanya Mereka yang tau apakah yang terjadi...berikut Adalah Info Dari Kosmo Hari Ini..
Di Dalam Blog dan Media Indonesia Banyak mengkritik ..Kita Hanya Mampu Melihat,Dan mereka yang Mampu Membuktikan...Zazsssssssssss..
mari la comment ....

laporan perubatan dalam tempoh seminggu atau membuat permohonan maaf sekiranya tidak mahu berdepan dengan sebarang tindakan perundangan.

Sahabat karib Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry, Mohd. Soberi Shafili (gambar) berkata, syarat itu ditetapkan memandangkan dakwaan wujudnya penderaan seperti mana yang dibuat Manohara begitu mengaibkan pihak Istana Kelantan.

Menurut beliau, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima laporan perubatan tersebut walaupun telah memaklumkannya kepada pihak Manohara sebelum ini.

"Kami turut menetapkan syarat pemeriksaan perubatan mesti dilakukan oleh doktor pakar luar Indonesia bagi memastikan tidak timbul sebarang kesangsian atau kemungkinan ia dimanipulasi.

"Kini kita mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada mereka akan melakukannya atau tidak. Bagi pihak Tengku Mohammad Fakhry, kami tenang menghadapi situasi ini kerana yakin berada di pihak yang benar," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan Manohara melarikan diri ke pangkuan keluarganya di Indonesia dan seterusnya mendakwa kononnya dikasari, dicabul dan diseksa oleh kerabat diraja Kelantan itu pada tahun lalu.

Mohd. Soberi memberitahu, pihaknya bersedia mengambil tindakan undang-undang memandangkan dakwaan dan fitnah yang dilakukan Manohara agak melulu dan tidak berasas.