Jun 10, 2009

(Gossip) Perubahan Imej Gadis Sexy Jue Berubah jadi Gadis Sopan ?


Semua tue hanya di dalam set lakonan jer...Ntah bila la
awek ni nak berubah, Mungkin kalau dah ada Mukjizat atau
tanda-tanda seruan kot :P

Biarpun dilabel antara artis yang menyerlah dengan penampilan seksi dalam drama lakonannya, Jue menidakkannya, sebaliknya menjelaskan watak yang dijayakan dalam drama mahupun filem dengan karakter yang berbeza dan seimbang.

Dia juga seronok menjayakan watak seorang pendidik dalam siri Cerekarama, Farhana yang disiarkan di TV3 pada 16 Mei lalu.

"Memang satu pengalaman menyeronokkan. Paling terasa ketika menyambut Hari Guru. Ketika menjayakan watak Cikgu Farhana itu saya terharu apabila anak murid merancang satu majlis khas dengan kejutan pada hari berikut. Sebelum ini, saya juga pernah membawakan watak guru namun penceritaannya berbeza dengan telemovie itu.

"Bukan saja imej perempuan seksi atau penggoda malah saya juga pernah membawakan watak gadis sopan bertudung seperti dalam telemovie Takbiratul Ihram untuk siaran Hari Raya ini, Nur Hidayah (RTM) dan Intan Sayang Manja (TV3)," kata Jue yang membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu.