Jun 08, 2009

(Gossip) Anuar Zain Dah Ada Awek?

PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA
7 Jun 2009
Anuar Zain dengan siapa tu?

TERSENTAK seorang kawan Joyah apabila melihat artis pujaan hatinya, Anuar Zain bermesra dengan seorang wanita muda yang cantik rupa parasnya.

Mana taknya selama ini tak pernah Anuar Zain memberitahu dia sudah berteman. Tapi di suatu petang ketika teman Joyah sedang memandu dan berhenti di lampu isyarat, dia terserempak dengan Anuar Zain.

Penyanyi Lelaki Ini itu sedang memandu kereta BMW dan teman Joyah yang angaukan Anuar Zain itu berada betul-betul di sebelah kereta yang dipandu Anuar. Yang membuatkan tangkai hati teman Joyah ini bagai nak tercabut bukanlah kerana Anuar Zain berada di sebelah keretanya.

Tapi di sebelah Anuar ada seorang gadis jelita menemani penyanyi popular pujaan hatinya itu. Dan lebih penting, Anuar dan gadis itu kelihatan sangat mesra.

"Punyalah aku cemburu melihat kemesraan mereka. Rasa aku nak keluar kereta dan tanya, siapa perempuan itu," kata teman Joyah dengan perasaan tak puas hati.

Wah! Ini sudah parah. Baru nampak bersama pun dah cemburu. Joyah tak tahulah bagaimana reaksi peminat setia anak Pak Zain ini kalau benarlah gadis yang duduk di sebelah Anuar di dalam keretanya itu benar-benar teman istimewa Anuar.

Mungkin ada yang berendam air mata gara-gara kecewa Anuar sudah ada yang punya. Apapun, nantilah Joyah dapatkan kenyataan Anuar ya!